Tuesday, 3 December 2013

3 Fakta Jenis, Cara Jumper Dan Penjagaan Bateri Kereta

Perkara yang tak best pagi-pagi bila mana dalam sibuk nak ke tempat kerja atau ke kelas, kereta pula buat hal. Masuk dalam kereta, pulas-pulas kunci, engine tak boleh di hidupkan. Pasti waktu tu kepala akan jadi serabut kan?

Kereta buat hal? Ok. Pertama sekali tarik nafas dalam-dalam, jangan gelabah, rilex! Dah agak tenang, masukkan kunci kereta dan cuba start engine sekali lagi. Kalau penunjuk (indicator) dekat dashboard tak menyala atau menyala pun malap-malap  je, almaklum mungkin bateri korang ada masalah.
Next, nak double confirm cuba periksa mana-mana bahagian suis yang kemungkinan terlupa tutup (switch-off). Bagi kes bateri yang kong atau dah nak ‘nazak’, mungkin penunjuk meter kereta akan terjejas seperti gambar di bawah. Tengok kalau ada simpton-simpton seperti ini.

Orite! Dari pengalaman sendiri, akibat terburu-buru nak balik rumah, inilah kesannya. Dan dari pengalaman majoriti korang dan korang dan korang juga, benda ini mesti pernah berlaku kan?
Bagi aku yang pertama kali menghadapi situasi seperti ini (noob gilak!), serius aku tak tau nak buat apa. Tapi kerana ego aku yang tinggi untuk tidak minta bantuan orang lain sebelum mencuba dulu, ternyata berhasil. Selepas di periksa semua suis, baru terperasan bahawa lampu kereta tak tutup semalaman. Cuai!
Akibatnya, bateri kong! Patutlah alarm kereta pun tak berfungsi. So, terpaksalah guna manual. Macam kes aku ini, masalah bateri atau petanda bateri kong boleh di lihat:
1. TACHOMETER tak menunjukkan bacaan normal iaitu ’0′rmp sebelum engine di hidupkan. Selalu terjadi sama ada wayar sambungan bateri longgar atau bateri telah kehabisan kuasa.
Ini di sebabkan kuasa untuk menghidupkan setiap komponen kereta sepenuhnya menggunakan kuasa bateri dan bukannya dari caj alternator. Untuk makluman alternator hanya beroperasi dan di cas selepas engine kereta di hidupkan. Selepas engine dapat start, alternator akan mengambil alih tugas bateri untuk terus menghasilkan caj elektrik.
2. SPEEDOMETER turut jadigilaseperti Tachnometer. Berkemungkinan ini berlaku di sebabkan masalah wiring atau kapasitor bermasalah. Caj elektrik terlebih atau kurang di hasilkan. Kesannya, kapasitor yang berfungsi sebagai penyimpan kuasa telah mengalami gangguan.
3. TOLOK MINYAK (Fuel Gauge), ODOMETER, TRIP METER/COMPUTER atau Butang INFO tidak menyala dan menunjukkan sebarang bacaan.
4. Penunjuk status Bateri, Airbags, Engine dan sebagainya tidak berfungsi. Korang boleh juga cuba pasang radio. Kalau ada gangguan atau tak berfungsi langsung bermakna bateri kereta ada masalah.
Ini antara petanda-petanda bateri kereta mengalami masalah. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini? Sebelum tu nak tanya, korang pernah ada pengalaman dan jump-start kereta? Kalau pernah sila duduk diam-diam. hehe.
Bagi yang belum pernah, mari kenal dulu fakta serba sedikit tentang bateri kereta. Dah kenal barulah boleh mulakan operasi. Samalah juga buat apa-apa sekalipun, manual perlu baca, belajar dan fahamkan dulu. Kalau tak korang yang akan bermasalah nanti.

# 3. JENIS BATERI KERETA
Ada dua jenis bateri kereta yang selalu di guna di Malaysia. Pertama jenis bateri basah (wet battery) dan kedua bateri kering (dry battery).
Bateri basah menghasilkan caj elektrik melalui tindakbalas asid kimia dengan plat plumbum (timah). Bateri ini perlu di periksa dari masa ke masa. Untuk tahan lebih lama, level air bateri perlu di di periksa dan di pastikan berada pada tahap yang sepatutnya.
Manakala bateri kering tak memerlukan air bateri untuk tercas. Cukup dengan bahan kimia yang terbina di dalam untuk menjana arus elektrik. Bateri kering adalah free maintanence. Tak payah pening-pening nak maintain dan pikir pasal bateri. Semudah beli, pasang dan pakai sampai kong. Tapi benda mudah tak selalu bertahan lama. Jangka hayat bateri ini lebih pendek dari bateri basah.
Ini contoh bateri asal kereta aku (bateri basah). Di sebabkan bajet tak cukup dan terdesak waktu tu, bateri Panasonic 55D23L (harga lingkungan RM280) yang agak mahal aku gantikan dengan Philips NS60L (harga RM160). So far tak ada masalah lagi.
Mesti ada yang konfius apa makna ‘L’ dekat belakang bateri itu. Sebenarnya dari segi power sama saja. ‘L’ bukannya bermaksud ‘Larger’ atau ‘Lebih besar’ ye. Cuma yang membezakannya bila waktu nak sambungkan wayar. Contoh, kalau NS60L terminal positif sambung dengan wayar kabel positif dan negatif dengan negatif. Tapi kalau NS60 atau NS60R (sama je), terbalikkan. Positif ke negatif dan negatif ke positif.
Bagi nombor, ia menunjukkan jumlah arus. Tak kisahlah 40AH, 50AH, 60AH atau 70AH, voltan 12V tetap sama di hasilkan. Bezanya berapa lamakah kuasa bateri dapat bertahan jika tak di cas. Katakan,
  • Power = Current x Voltage (P=IV)
  • Andai kuasa 60W = I (12V)
  • Jadi arus elektrik terhasil, I = 5A
Maksudnya, kalau kereta korang guna 1 unit lampu 5A dengan 60AH terpasang, selepas 12 jam barulah bateri akan kong. Samalah juga kalau 40AH, so dalam 8 jam saja bateri dapat bertahan.
Apapun antara bateri standard yang selalu di gunakan model kereta secara rawak adalah seperti berikut
  • NS 40 – (Perodua Kancil/Kelisa/Alza/Viva/Myvi, Honda City/Jazz, Toyota Vios/Avanza, Daihatsu, Kia Picanto)
  • NS 60 - (Proton Saga/Wira/Iswara/Savvy/Satria/Waja, Honda Civic/CR-V/Stream, Toyota Corolla/Yaris, Mazda, Nissan Sylphy/Grand Livina/Sentra)
  • NS 70 – (Proton Perdana, Honda Legend/NSX, Fiat Punto, Toyota Camry, Nissan Cefiro,)
  • 55D23L – (Proton Exora/Inspira, Honda Accord/Odyssey, Toyota Alphard/Camry/Harrier, Mazda 2/3/6/Premacy, Kia Rio/Sportage/Forte, Nissan X-Trail/Skyline)
  • DIN 55 – (Proton Gen2/Persona, Citroen C2/C3/C4/C5, Fiat Coupe, Kia Optima/Spectra)
  • DIN 66 – (Audi 4/6/8/TT, BMW 3 Series, Fiat, Mercedes, Jaguar, Volvo)
  • DIN 88 – (BMW 5/6/7/X Series, Jaguar, Mercedes)
Jika di beri pilihan, sebenarnya aku lebih suka dengan bateri basah. Mungkin kerana jangka hayatnya lebih lama dan murah berbanding bateri kering. Kekadang, teknologi lama lebih baik kot :)
 # 2. CARA JUMPER BATERI KERETA
Ok. Jadi korang dah kenal serba sikit pasal bateri kereta. Kalau lepas ini engine tak boleh start, pertama sekali periksa status bateri korang. Kalau dah lemah atau kong cubalah jump-start. Bagaimana?











  • i. Pinjam wayar jumper dekat member atau sesiapa saja yang baik hati atau boleh beli dekat mana-mana kedai kereta. Harga purata RM50. Kalau nak yang cikai boleh beli dekat Carrefour atau Jusco. Wayar 200 Amp (wayar kecil) baru berbelas ringgit dan 400 Amp (besar sikit) dalam RM36.90 yang macam aku beli ini.
  • ii. Sambungkan wayar (merah) positif ke bateri yang lemah dan hujung satu lagi ke terminal positif bateri yang nak di jumper.
  • iii. Sambungkan wayar (hitam) negatif bateri yang berkedaan baik dan hujung satu lagi ke mana-mana bahagian besi kereta bateri yang dah kong.
  • iv. Start engine kereta bateri yang masih baik dan biarkan tercas untuk beberapa minit. Sekali sekala tekan minyak untuk menjana kuasa ke bateri yang kong tadi.
  • v. Cuba start engine kereta bateri yang lemah/kong. Kalau berjaya biar engine running beberapa minit. Lagi lama lagi bagus untuk bagi masa bateri mengecas. Kalau gagal hidup juga, sila beli bateri baru.
  • vi. Setelah selasai, cara nak cabut penyambungan wayar jumper pula adalah dengan reverse balik langkah penyambungan. Bermula dengan wayar negatif mana-mana bahagian kereta (bateri lemah), wayar negatif bateri yang masih berkeadaan baik, wayar positif bateri yang masih berkeadaan baik dan seterusnya wayar positif bateri yang sudah kong.
  • vii. Jika engine dah boleh hidup, sebelum kemas barang, buat sedikit pemeriksaan. Sila cabut terminal positif dan negatif bateri yang kong tadi. Biar seketika. Engine tak akan mati sebab alternator dah ambil alih tugas bateri. Kalau mati maknanya alternator korang pun dah rosak. Almaklum, sila tukar alternator yang baru.
  • viii. Kalau alternator berfungsi dengan baik, sambungkan balik terminal positif dan negatif bateri. Selepas itu bolehlah teruskan perjalanan seperti biasa. Setel!
Untuk pemahaman yang lebih mudah, sila lihat gambarajah di bawah bagaimana cara nak jumper bateri kereta dengan betul.



*Langkah keselamatan. Sila pastikan sambungan wayar adalah betul. Wayar (merah) positif ke positif dan wayar (hitam) negatif ke negatif. Tersilap sambung, wayar jumper bateri kereta akan hasilkan percikan api, berasap, lebur atau menyebabkan kerosakan komponen kereta yang lain. Jika nasib tidak baik, kereta kemungkinan akan terbakar. Awas!
Ini pengalaman sendiri. Tapi taklah sampai kereta terbakar. Cuma baru beberapa saat tersilap sambung, wayar sudah berasap dan penebat dekat klip buaya lebur. Selamatlah waktu tu aku tersedar dan cepat-cepat cabutkan sambungan wayar. hehe.

# 1. CARA PENJAGAAN BATERI KERETA
Bateri basah standard dapat bertahan dalam tempoh 3-4 tahun manakala bagi bateri kering dalam 2 tahun saja. Bagaimana cara untuk jaga supaya bateri dapat bertahan lebih lama?
i. Bagi bateri basah pastikan tahap sukatan air bateri (asid sulfurik) di jaga dan untuk bateri kering tak perlu risau pasal penjagaan. Sebab ianya free maintanance. Apa yang perlu ialah tengok penunjuk cas bateri. Kalau warna hijau, bateri ok. Kalau dah tukar warna hitam maknanya sila beli bateri baru. Tak payah gatal-gatal nak pergi cas ke apa lagi.
ii. Jika nak tinggalkan kereta dalam tempoh yang lama sila cabut wayar bateri. Pastikan tiada penyambungan yang menyebabkan bateri tercas.
iii. Elakkan tombol terminal positif/negatif  berkarat atau ada serbuk putih. Cara elak sapukan gris, bersih dengan natrium karbonat (baking powder) kemudian bilas dengan air panas tak pun spray je dengan silikon anti-karat.
iv. Yang last ni cliche sikit. Nak perbetulkan sedikit. Pernah dengar orang sebut “Jangan letakkan bateri terus ke lantai. Nanti bateri kong. At least berlapik sikit dengan papan ke.”
Bagi aku ini hanya mitos semata-mata. Apa kena mengena lantai simen dengan cas elektrik? Bateri bertindakbalas dengan kimia (chemical) dan bukannya haba (heat). Kalau tak percaya sila pegang bateri korang lepas engin di hidupkan. Panas ke sejuk?
Kalau sejuk terbukti tiada haba bertindakbalas. Kalau panas mungkin korang yang demam kot.  So jika letak dalam kotak kayu atau atas bulan sekalipun bukanlah cara terbaik untuk jaga bateri. Sila berhenti sebar ‘fakta’ ini. Jadi, mudahnya tips untuk jaga bateri dengan tidak meletak atas lantai simen adalah mengarut dan tak boleh di gunapakai. Sekian.

Setiap benda ada penamatnya. Bezanya lambat atau cepat. Samalah seperti bateri
Source: http://booblogs.com/blog/3-fakta-jenis-cara-jumper-dan-penjagaan-bateri-kereta/ 

23 comments:

  1. Banyak membantu. Terima kasih pakar

    ReplyDelete
  2. tq for the info..just adding info starter and relay..its all connected.

    ReplyDelete
  3. Boleh ke klau kancil sye..sye msukkn bateri ns60?

    ReplyDelete
  4. Boleh ke klau kancil sye..sye msukkn bateri ns60?

    ReplyDelete
  5. Boleh ke klau kancil sye..sye msukkn bateri ns60?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tukar tapak battery....beli tapak battery kereta kembara

      Delete
  6. Thanks bro.. good info utk sy yg br berjinak² nk try sendiri jump-start kereta sy. Seblm ni srh org buat je & tk ambik tau sgt tp bila dlm keadaan memaksa, mmg kena tau jg

    ReplyDelete
  7. td ptg baru tukar betri,itupn bdk service proton yg syorkan suruh tukar jgk..dia mcm tak prcaya betri kering aku brtahan smpai 3thn lebih,dia check condition betri aku msih dlm keadaan elok sgt dgn gunakn meter..bdk cashier check mmg trnyata rekod betri aku beli pd 2013..mngkin nsib kot dpt betri elok

    ReplyDelete
  8. Baru kena semalam badan kereta tersentuh dgn kepala battery warna merah dan salah pasang wayar dlm beberapa saat skrg kereta tak boleh hidup langsung...

    ReplyDelete
  9. baru tukar battery pg tadi.. adui.. rasanya battery lama tu boleh pakai lagi.. lepas Jumper.. off engine.. start balik ok ja...tp xberani takut mati kot jalan...

    ReplyDelete
  10. Myvi asal btri basah...mohon cadangan btri basah @ kering yer..Btri asal tu Bru setahun Tapi keluar habuk biru mcm garan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. habuk kalau ditombol bateri digalakkn letak minyak gris

      Delete
  11. Proton Persona saya merajuk semlm. Tak nak start. Ape bunyi pon takde. Kawan² tolong tolak pastu masuk gear pon x boleh gak. Cuba cabut wayar bateri dalam 10 minit, pasang balik, baru boleh start. Tak pastilah bateri yang problem atau menda lain. Tapi pagi ni gigih tukar bateri baru sebab dah 2 tahun pakai. Harap² tak merajuk lagi.

    ReplyDelete
  12. Salam.. Maaf nk tnye.. Bateri kereta.. NS 60..normal..kalu cas.. Or jumper.. Bpe lame die boleh bertahan..??.. Biase.. Kalo letak kat bgkel betri tuk cas.. Berapa harga?.. Tq

    ReplyDelete
  13. salam.nak tanya kalau kita nak jumper kepada kereta yg tak hidup tp enjin kita dibiarkan hidup terus sambung jumper kpd kereta lg satu ada masalah apa2 tak.

    ReplyDelete
  14. Salam..saya pakai wira tapi bateri ns40..aDa punca apa2 tak kalau ppakai bateri kecil.

    ReplyDelete
  15. Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)

    Your Name:...............
    Your Country:...............
    Your Occupation:...............
    Loan Amount Needed:...............
    Loan Duration...............
    Monthly Income:...............
    Your Telephone Number:.....................
    Business Plan/Use Of Your Loan:...............
    Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Ait?
    Bumi tak sedut power battery ek?
    Gravitational.
    Memang ada power loss.

    ReplyDelete
  17. Boleh x kalau perodua viva jumper kreta Nissan teana

    ReplyDelete