1. There are almost no reliable cars below the RM5000 mark. Cars that are sold below RM5k often need repairs which could easily add a couple of thousand ringgits. Be prepared to pay at least RM7.000 to RM10.000 for an old (10+ year old) car.
2. A new car easily costs over RM100.000 in Malaysia. If you want to drive an American or European brand then be prepared to fork up a few hundred thousand ringgits. Even a BMW of at least 5 years old may cost well over RM150.000.
3. Most common brands in Malaysia are Proton, Toyota, Honda and Hyundai. Most common European cars are BMW and Mercedes. Audi is currently gaining popularity (weird enough some locals have the impression that Audi is of less quality compared to BMW and Mercedes).
4. Banks are usually eager to give out (new) loans. Expats usually have a bigger income compared to locals, though expats also often stay less long in Malaysia. Loans are available but there may be restrictions in place (like a shorter payback time which means higher monthly costs). When you take up a loan there is usually a down payment of at least 10%. To get the loan you need to bring along bank statements (that proves your income), your passport with work-permit and often a company letter. A general rule of thumb is that you must have a salary of at least 3 to 5 times the monthly payment in order to get a loan. The interest rates for a new car are usually between 2% and 4% per year (second hand cars between 4% and 8%). Loans that can be applied are typically for around 10 years in case of a new car.
5. Proton, the national car of Malaysia, is perhaps not the best or nicest car to drive; however it is a car that everybody drives in Malaysia. This means that there is much knowledge at repair garages and parts are also less expensive. If you are on a tight budget, you are probably best off with a Proton car.
6. Make sure you bring along a local that at least speaks Bahasa Malayu. Chinese is often even better (as the 2nd hand car market is mostly dominated by Chinese Malaysians).
7. Check the service record to verify the vehicle’s history and mileage.
8. Have the vehicle tested by an independent service/repair shop and use the outcome to haggle on the price.
9. Use places like Mudah.com.my to get an impression on prices for a certain type, year and model. If you see a car for sale for half the regular 2nd hand value then ask yourself the question what might be wrong with it. Believe it or not; it is not uncommon to see stolen cars offered for sale.
10. Don’t believe most of the unique selling points. In Malaysia every 2nd hand car only had 1 previous owner, who is always 76 years old and always used to be a school teacher that only drove 50.000 kilometers in all those years.
11. Take the car for a test drive. Check whether essential functions like brakes, tires, clutch, gearbox, visors, lights, doors, electric windows (if any), central door lock and air-condition are working.
12. Cars keep their value more in Malaysia then in other countries. If you buy a car for RM15.000 chances are that two years later the car is still worth around RM13.000. Brand new cars do lose value immediately after buying the car (around 30% max).
13. Please check that the vehicle is actually owned by the seller. This can be done at JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).
14. When you are buying the car you head over to JPJ near Amcorp Mall in Petaling Jaya just outside KL city center to have it registered under your name.
15. Only after you have registered the car under your name (and made sure up front that there are no outstanding loans, warrants and after the official car inspection) you will do the payment.
16. In Malaysia people can take up a loan (similar to a mortgage) on a car that is transferable after the sale. This means you can buy a car with an outstanding loan. Always check the background or history of the vehicle if possible before deciding to buy the vehicle for sale.
17. If you bring your car to a regular repair shop; always join the mechanic for a short drive to test the car. Our experiences are that they tend to fix the problem(s) at hand, but often do not look further than that. This means that there is a chance that you will run into new problems. Always be alert and always ask how many days of warranty come with the repairs.
18. If you run into trouble on the road be sure to have proper insurance. Our experience with Axa is pretty good. We ran into troubles a few times with our cheap car and we never had to wait for more than two hours for the towing company to arrive. Be sure to keep the number of your insurance company at hand.
19. Never rush into buying a car. Also try and find a trustworthy source first that has no ties with a dealer (or seller) whatsoever. Do not put too much trust in the advertisements you often see along the roads. Always make sure all the documents are in order and there has not been tampered with the car.
20. If you are selling your car (private sale) then always make sure payment is done in cash on delivery. There have been many cases of expats being fooled without any time left to actually solve the issues.
Ilmu Tentang Kereta
Demi untuk mempelajari mengenai kereta, maka SiKancil pun berkenan untuk membuat berkenaan kereta. Di setiap post akan SiKancil sertakan sekali dari mana sumber artikel atau post berkenaan diambil. Ini bagi menjamin dan menghargai penulis asal. Ambillah apa-apa yang bermanfaan dari blog SiKancil ini. Kenapa nama SiKancil? Jawapan dia kerana comel. :P
Saturday, 7 December 2013
Panduan Membeli Kereta Terpakai
1) Cara - Cara Yang Berguna Sebelum Membeli Kereta Terpakai
Berikut merupakan langkah-langkah yang berguna bagi anda sebelum membeli kereta terpakai. Langkah-langkah berikut cukup penting bagi mengelakkan anda tertipu. Jangan terburu-buru semasa ingin membeli, sebaliknya luangkan sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut.
1.Periksa rekod penyelenggaraan kenderaan tersebut.
Terdapat sesetengah penjual yang memalsukan rekod perjalanan sebenar kenderaan terpakai. Penjual akan memutarkan atau memprogramkan semula meter digital bagi mengaburi mata pembeli.Ini bertujuan supaya kereta kelihatan seperti tidak banyak dipakai oleh pengguna terdahulu. Anda tidak perlu risau kerana penipuan mereka tetap dapat dikesan. Keadaan meter kenderaan juga harus dipastikan bebas daripada kesan leraian.
Periksa tayar kenderaan sekiranya meter menunjukkan bacaan kurang dari 30,000km.Adalah mustahil bg sesebuah tayar untuk botak bagi penggunaan kurang dari 30,000km.Tayar kereta sebenarnya boleh digunakan antara 45,000km sehingga 60,000km bergantung pada cara penjagaan.
Cuba hubungi pemilik terdahulu, pusat servis kereta, untuk mendapatkan bacan akhir.
2.Periksa Rekod kemalangan kenderan.
Kebiasaan rekod kemalangan kenderaan akan dirahsiakan oleh penjual kereta terpakai atau pemilik kenderaan itu sendiri. Anda boleh memeriksanya secara manual sama ada kenderaan itu pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak.
Periksa bahagian enjin terutama bahagian hadapan dan bahagian dalam tepi. Pastikan bahagian ini bebas daripada kesan remuk ataupun pernah diketuk.
Perhatikan kedudukan semua pintu dengan membuka dan menutup pintu. Jika terdapat kelainan, periksa bahagian pintu dengan mengetuk pintu menggunakan tangan. Kenderaan tersebut mungkin pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian pintu sekiranya bunyi yang terhasil adalah berlainan.
Ukur kedudukan tayar dan bahagian badan kenderaan. Pastikan perbezaan tayar kanan dan kiri tidak jauh jaraknya dengan bahagian badan kenderaan. Sekiranya jarak tayar sebelah kanan dengan bahagian badan kenderaan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.Langkah ini penting umtuk memastikan keseimbangan tayar dan pemanduan yang stabil.
3.Periksa Rekod senarai hitam kenderaan.
Sekiranya anda ingin memastikan kenderaan yang anda inginkan itu bebas dari sebarang rekod senarai hitam, hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat.
Bawalah kenderaan itu untuk pemeriksaan di PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan itu menepati spesifikasi standard asal dan bukannya kereta potong sambung. Anda boleh meneruskan niat untuk membeli kereta tersebut hanya selepas kenderaan anda lulus dalam ujian PUSPAKOM.
Luangkanlah sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna
dari Kereta.info
----------------------------------------------------------------------------------
2) Petua Membeli Kereta Terpakai
Petua Membeli Kereta Terpakai -
Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.
PEMERIKSAAN LUARAN
- Sila periksa pemegang pintu- Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang- Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat- Pastikan sistem ekzos tidak berkarat- Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat- Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik
PEMERIKSAAN ENJIN
- Pastikan keadaan enjin mestilah bersih .- Pastikan enjin tidak diubahsuai- Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.- Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk- Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik
PEMERIKSAAN DALAMAN
- Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah- Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik- Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik- Pastikan lantai tidak berkarat- Pastikan ‘dashboard’ tidak retak- Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan- Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch- Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik- Pastikan tali pinggang boleh dipakai- Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik
CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
- Cuba hidupkan ’switch’ tetapi jangan hidupkan enjin- Pastikan meter suhu bergerak- Pastikan lampu minyak enjin menyala- Pastikan lampu bateri menyala
Cuba hidupkan enjin
- Pastikan semua meter berfungsi dengan baik- Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox- Cuba matikan enjin dan hidupkan semula- Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah- Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran- Tiada masalah semasa penukaran gear- Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?- Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension.- Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil.
PEMERIKSAAN TERAKHIR
- Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin. Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta
Tip ini dipetik dari AAM Drive magazine.
Petua diatas tidak dapat dijalankan sepenuhnya,semasa membeli kereta lelong kerana : -
1)) Kereta Lelong Dikunci
2) Bonet Depan Kereta Dibuka Sahaja
3) Tiada Salinan Pendaftaran Kereta Dilampirkan
Tetapi, Masih Ramai yang dapat membeli Kereta Leong dengan Harga Murah.

Tips Bagi Kereta Yang Tenggelam Kerana Banjir
Kereta Tenggelam Sebab Banjir...........???
JANGAN SESEKALI START...!!!
Kita tidak tahu bila musibah menimpa...
Tambah-tambah dalam musim banjir ni....
Dah bala nak sampai, tidak kira waktu kan ?
Dan kadang-kadang, kita tidak sempat pun nak selamatkan harta benda berharga. Contohnya kenderaan kesayangan kita dan akhirnya,
ia ditenggelami air.
Anda jangan risau, ia masih lagi boleh digunakan! Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kereta
JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA....!!!
Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada kotak komputer. Ini berlaku kerana masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, dan jika ia berlaku, alat tersebut terpaksa diganti.
Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 — RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna.
Tindakan ini juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin terbakar. Biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.
Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear (gearbox) mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak gearbox tidak sekata dan paling lama gearbox tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.
Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti (harga untuk gearbox baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).
Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranty kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.
Jadi beringatlah, jangan sesekali berikan kunci kereta anda kepada mekanik ataupun ejen bengkel sehingga dipastikan kotak komputer dan sistem pendawaian elektrik dikeringkan sepenuhnya. Ia tidak akan rosak walaupun ditenggelami air....!!!!
Jom SHARE untuk maklumat bersama Insya Allah ....!!!
sumber dari
Anak-anak pasir puteh

source: fb zaharuddin.net
Tuesday, 3 December 2013
3 Fakta Jenis, Cara Jumper Dan Penjagaan Bateri Kereta
Perkara yang tak best pagi-pagi bila mana dalam sibuk nak ke tempat kerja atau ke kelas, kereta pula buat hal. Masuk dalam kereta, pulas-pulas kunci, engine tak boleh di hidupkan. Pasti waktu tu kepala akan jadi serabut kan?
Kereta buat hal? Ok. Pertama sekali tarik nafas dalam-dalam, jangan gelabah, rilex! Dah agak tenang, masukkan kunci kereta dan cuba start engine sekali lagi. Kalau penunjuk (indicator) dekat dashboard tak menyala atau menyala pun malap-malap je, almaklum mungkin bateri korang ada masalah.
Next, nak double confirm cuba periksa mana-mana bahagian suis yang kemungkinan terlupa tutup (switch-off). Bagi kes bateri yang kong atau dah nak ‘nazak’, mungkin penunjuk meter kereta akan terjejas seperti gambar di bawah. Tengok kalau ada simpton-simpton seperti ini.
Orite! Dari pengalaman sendiri, akibat terburu-buru nak balik rumah, inilah kesannya. Dan dari pengalaman majoriti korang dan korang dan korang juga, benda ini mesti pernah berlaku kan?
Bagi aku yang pertama kali menghadapi situasi seperti ini (noob gilak!), serius aku tak tau nak buat apa. Tapi kerana ego aku yang tinggi untuk tidak minta bantuan orang lain sebelum mencuba dulu, ternyata berhasil. Selepas di periksa semua suis, baru terperasan bahawa lampu kereta tak tutup semalaman. Cuai!
Akibatnya, bateri kong! Patutlah alarm kereta pun tak berfungsi. So, terpaksalah guna manual. Macam kes aku ini, masalah bateri atau petanda bateri kong boleh di lihat:
1. TACHOMETER tak menunjukkan bacaan normal iaitu ’0′rmp sebelum engine di hidupkan. Selalu terjadi sama ada wayar sambungan bateri longgar atau bateri telah kehabisan kuasa.Ini di sebabkan kuasa untuk menghidupkan setiap komponen kereta sepenuhnya menggunakan kuasa bateri dan bukannya dari caj alternator. Untuk makluman alternator hanya beroperasi dan di cas selepas engine kereta di hidupkan. Selepas engine dapat start, alternator akan mengambil alih tugas bateri untuk terus menghasilkan caj elektrik.2. SPEEDOMETER turut jadi ‘gila’ seperti Tachnometer. Berkemungkinan ini berlaku di sebabkan masalah wiring atau kapasitor bermasalah. Caj elektrik terlebih atau kurang di hasilkan. Kesannya, kapasitor yang berfungsi sebagai penyimpan kuasa telah mengalami gangguan.3. TOLOK MINYAK (Fuel Gauge), ODOMETER, TRIP METER/COMPUTER atau Butang INFO tidak menyala dan menunjukkan sebarang bacaan.4. Penunjuk status Bateri, Airbags, Engine dan sebagainya tidak berfungsi. Korang boleh juga cuba pasang radio. Kalau ada gangguan atau tak berfungsi langsung bermakna bateri kereta ada masalah.
Ini antara petanda-petanda bateri kereta mengalami masalah. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini? Sebelum tu nak tanya, korang pernah ada pengalaman dan jump-start kereta? Kalau pernah sila duduk diam-diam. hehe.
Bagi yang belum pernah, mari kenal dulu fakta serba sedikit tentang bateri kereta. Dah kenal barulah boleh mulakan operasi. Samalah juga buat apa-apa sekalipun, manual perlu baca, belajar dan fahamkan dulu. Kalau tak korang yang akan bermasalah nanti.
# 3. JENIS BATERI KERETA
Ada dua jenis bateri kereta yang selalu di guna di Malaysia. Pertama jenis bateri basah (wet battery) dan kedua bateri kering (dry battery).
Bateri basah menghasilkan caj elektrik melalui tindakbalas asid kimia dengan plat plumbum (timah). Bateri ini perlu di periksa dari masa ke masa. Untuk tahan lebih lama, level air bateri perlu di di periksa dan di pastikan berada pada tahap yang sepatutnya.
Manakala bateri kering tak memerlukan air bateri untuk tercas. Cukup dengan bahan kimia yang terbina di dalam untuk menjana arus elektrik. Bateri kering adalah free maintanence. Tak payah pening-pening nak maintain dan pikir pasal bateri. Semudah beli, pasang dan pakai sampai kong. Tapi benda mudah tak selalu bertahan lama. Jangka hayat bateri ini lebih pendek dari bateri basah.
Ini contoh bateri asal kereta aku (bateri basah). Di sebabkan bajet tak cukup dan terdesak waktu tu, bateri Panasonic 55D23L (harga lingkungan RM280) yang agak mahal aku gantikan dengan Philips NS60L (harga RM160). So far tak ada masalah lagi.
Mesti ada yang konfius apa makna ‘L’ dekat belakang bateri itu. Sebenarnya dari segi power sama saja. ‘L’ bukannya bermaksud ‘Larger’ atau ‘Lebih besar’ ye. Cuma yang membezakannya bila waktu nak sambungkan wayar. Contoh, kalau NS60L terminal positif sambung dengan wayar kabel positif dan negatif dengan negatif. Tapi kalau NS60 atau NS60R (sama je), terbalikkan. Positif ke negatif dan negatif ke positif.
Bagi nombor, ia menunjukkan jumlah arus. Tak kisahlah 40AH, 50AH, 60AH atau 70AH, voltan 12V tetap sama di hasilkan. Bezanya berapa lamakah kuasa bateri dapat bertahan jika tak di cas. Katakan,
- Power = Current x Voltage (P=IV)
- Andai kuasa 60W = I (12V)
- Jadi arus elektrik terhasil, I = 5A
Maksudnya, kalau kereta korang guna 1 unit lampu 5A dengan 60AH terpasang, selepas 12 jam barulah bateri akan kong. Samalah juga kalau 40AH, so dalam 8 jam saja bateri dapat bertahan.
Apapun antara bateri standard yang selalu di gunakan model kereta secara rawak adalah seperti berikut
- NS 40 – (Perodua Kancil/Kelisa/Alza/Viva/Myvi, Honda City/Jazz, Toyota Vios/Avanza, Daihatsu, Kia Picanto)
- NS 60 - (Proton Saga/Wira/Iswara/Savvy/Satria/Waja, Honda Civic/CR-V/Stream, Toyota Corolla/Yaris, Mazda, Nissan Sylphy/Grand Livina/Sentra)
- NS 70 – (Proton Perdana, Honda Legend/NSX, Fiat Punto, Toyota Camry, Nissan Cefiro,)
- 55D23L – (Proton Exora/Inspira, Honda Accord/Odyssey, Toyota Alphard/Camry/Harrier, Mazda 2/3/6/Premacy, Kia Rio/Sportage/Forte, Nissan X-Trail/Skyline)
- DIN 55 – (Proton Gen2/Persona, Citroen C2/C3/C4/C5, Fiat Coupe, Kia Optima/Spectra)
- DIN 66 – (Audi 4/6/8/TT, BMW 3 Series, Fiat, Mercedes, Jaguar, Volvo)
- DIN 88 – (BMW 5/6/7/X Series, Jaguar, Mercedes)
Jika di beri pilihan, sebenarnya aku lebih suka dengan bateri basah. Mungkin kerana jangka hayatnya lebih lama dan murah berbanding bateri kering. Kekadang, teknologi lama lebih baik kot 

# 2. CARA JUMPER BATERI KERETA
Ok. Jadi korang dah kenal serba sikit pasal bateri kereta. Kalau lepas ini engine tak boleh start, pertama sekali periksa status bateri korang. Kalau dah lemah atau kong cubalah jump-start. Bagaimana?
- i. Pinjam wayar jumper dekat member atau sesiapa saja yang baik hati atau boleh beli dekat mana-mana kedai kereta. Harga purata RM50. Kalau nak yang cikai boleh beli dekat Carrefour atau Jusco. Wayar 200 Amp (wayar kecil) baru berbelas ringgit dan 400 Amp (besar sikit) dalam RM36.90 yang macam aku beli ini.
- ii. Sambungkan wayar (merah) positif ke bateri yang lemah dan hujung satu lagi ke terminal positif bateri yang nak di jumper.
- iii. Sambungkan wayar (hitam) negatif bateri yang berkedaan baik dan hujung satu lagi ke mana-mana bahagian besi kereta bateri yang dah kong.
- iv. Start engine kereta bateri yang masih baik dan biarkan tercas untuk beberapa minit. Sekali sekala tekan minyak untuk menjana kuasa ke bateri yang kong tadi.
- v. Cuba start engine kereta bateri yang lemah/kong. Kalau berjaya biar engine running beberapa minit. Lagi lama lagi bagus untuk bagi masa bateri mengecas. Kalau gagal hidup juga, sila beli bateri baru.
- vi. Setelah selasai, cara nak cabut penyambungan wayar jumper pula adalah dengan reverse balik langkah penyambungan. Bermula dengan wayar negatif mana-mana bahagian kereta (bateri lemah), wayar negatif bateri yang masih berkeadaan baik, wayar positif bateri yang masih berkeadaan baik dan seterusnya wayar positif bateri yang sudah kong.
- vii. Jika engine dah boleh hidup, sebelum kemas barang, buat sedikit pemeriksaan. Sila cabut terminal positif dan negatif bateri yang kong tadi. Biar seketika. Engine tak akan mati sebab alternator dah ambil alih tugas bateri. Kalau mati maknanya alternator korang pun dah rosak. Almaklum, sila tukar alternator yang baru.
- viii. Kalau alternator berfungsi dengan baik, sambungkan balik terminal positif dan negatif bateri. Selepas itu bolehlah teruskan perjalanan seperti biasa. Setel!
Untuk pemahaman yang lebih mudah, sila lihat gambarajah di bawah bagaimana cara nak jumper bateri kereta dengan betul.
*Langkah keselamatan. Sila pastikan sambungan wayar adalah betul. Wayar (merah) positif ke positif dan wayar (hitam) negatif ke negatif. Tersilap sambung, wayar jumper bateri kereta akan hasilkan percikan api, berasap, lebur atau menyebabkan kerosakan komponen kereta yang lain. Jika nasib tidak baik, kereta kemungkinan akan terbakar. Awas!
Ini pengalaman sendiri. Tapi taklah sampai kereta terbakar. Cuma baru beberapa saat tersilap sambung, wayar sudah berasap dan penebat dekat klip buaya lebur. Selamatlah waktu tu aku tersedar dan cepat-cepat cabutkan sambungan wayar. hehe.
# 1. CARA PENJAGAAN BATERI KERETA
Bateri basah standard dapat bertahan dalam tempoh 3-4 tahun manakala bagi bateri kering dalam 2 tahun saja. Bagaimana cara untuk jaga supaya bateri dapat bertahan lebih lama?
i. Bagi bateri basah pastikan tahap sukatan air bateri (asid sulfurik) di jaga dan untuk bateri kering tak perlu risau pasal penjagaan. Sebab ianya free maintanance. Apa yang perlu ialah tengok penunjuk cas bateri. Kalau warna hijau, bateri ok. Kalau dah tukar warna hitam maknanya sila beli bateri baru. Tak payah gatal-gatal nak pergi cas ke apa lagi.
ii. Jika nak tinggalkan kereta dalam tempoh yang lama sila cabut wayar bateri. Pastikan tiada penyambungan yang menyebabkan bateri tercas.
iii. Elakkan tombol terminal positif/negatif berkarat atau ada serbuk putih. Cara elak sapukan gris, bersih dengan natrium karbonat (baking powder) kemudian bilas dengan air panas tak pun spray je dengan silikon anti-karat.
iv. Yang last ni cliche sikit. Nak perbetulkan sedikit. Pernah dengar orang sebut “Jangan letakkan bateri terus ke lantai. Nanti bateri kong. At least berlapik sikit dengan papan ke.”
Bagi aku ini hanya mitos semata-mata. Apa kena mengena lantai simen dengan cas elektrik? Bateri bertindakbalas dengan kimia (chemical) dan bukannya haba (heat). Kalau tak percaya sila pegang bateri korang lepas engin di hidupkan. Panas ke sejuk?
Kalau sejuk terbukti tiada haba bertindakbalas. Kalau panas mungkin korang yang demam kot. So jika letak dalam kotak kayu atau atas bulan sekalipun bukanlah cara terbaik untuk jaga bateri. Sila berhenti sebar ‘fakta’ ini. Jadi, mudahnya tips untuk jaga bateri dengan tidak meletak atas lantai simen adalah mengarut dan tak boleh di gunapakai. Sekian.
Source: http://booblogs.com/blog/3-fakta-jenis-cara-jumper-dan-penjagaan-bateri-kereta/Setiap benda ada penamatnya. Bezanya lambat atau cepat. Samalah seperti bateri
Subscribe to:
Posts (Atom)